Hasil ternak masa kini Penternakan_intensif

Jumlah hasil ternakan negara maju[14][15]

Ladang cara kilang menampung sejumlah besar haiwan seperti lembu, babi mahupun ayam dalam kepadatan tinggi di kawasan tertutup, tersiap sedia dengan bekalan makanan, dengan tujuan menghasilkan kuantiti besar daging, telur atau susu pada kos serendah-rendah yang boleh. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjaga kesihatan dan meningkatan pengeluaran termasuk penggunaan disinfektan, bahan antikuman, antelmintik, hormon dan vaksin; suplemen protein, mineral dan vitamin; rutin pemeriksaan kesihatan; biosekuriti; kemudahan terkawal iklim dan sebagainya. Kurungan fizikal seperti pagar atau rayapan digunakan untuk mengawal pergerakan atau tindak-tanduk yang tidak dikenendaki. Program pembiakbakaan digunakan untuk menghasilkan haiwan yang tersesuai dengan keadaan terkurung dan dapat membekalkan hasil makanan yang konsisten. [petikan diperlukan]

Amalan penternakan intensif meluas di negara maju. Untuk 2002-2003, FAO menganggarkan 7 peratus daging lembu, 0.8 peratus daging kambing dan biri-biri, 42 peratus daging babi dan 67 peratus daging ayam itik sedunia adalah hasil penternakan industri. Pengeluaran industri dianggarkan mengambil 39 peratus daripada jumlah pengeluaran daging sedunia dan 50 peratus daripada jumlah pengeluaran telur.[16]

Ayam

Balai penternakan ayam pedaging komersial.

Pada mulanya, ayam dipelihara di ladang rumah. Kegunaan utama ayam ialah telur, manakala daging hanya keluaran sampingan. Bekalan ayam kurang daripada permintaan, apalagi ayamnya mahal. Telur boleh diangkut dan disimpan tanpa dipetisejukkan untuk jangka masa yang tertentu sebelum busuk, lebih teruk lagi apabila cuaca panas; demikianlah caranya sebelum peti sejuk laris.

Kawanan ayam lazimnya kecil kerana ayam menyara hidup rata-rata dengan mencari makan dengan sedikit bekalan dedak bijian dan sisa kerja tani lain. Dedak ayam sebegini kurang bekalan, maka kawanan ayam tidaklah besar. Sebaik sahaja pembelaan ayam meraih perhatian penyelidik pertanian (sekitar 1896), kemajuan dalam nutrisi dan pengurusan menjadikan penternakan ayam lebih menguntungkan dan seakan-akan perniagaan.

Sebelum 1910, daging ayam dihidangkan khusus pada hari istimewa. Ayamnya disembelih, dicabut bulu dan diawet di rumah. Ayam siap bungkus belum popular sehingga 1950-an apabila penggunaan peti sejuk dari mula ke hujung serta amalan sanitari meyakinkan pengguna. Sebelum ini, ayam selalu dicuci oleh penjual daging setempat biarpun selalu ada amalan mencuci ayam di rumah.

Umumnya ada dua jenis ayam yang digunakan untuk daging, iaitu:

  • ayam muda (spring chicken): ayam jantan yang dijual muda-muda;
  • ayam pencen (stewing hens), ayam penelur yang sudah mandul.[17]

Pencapaian terulung dalam penternakan ayam abad ke-20 ialah penemuan vitamin D yang membolehkan penternakan berkurung sepanjang tahun. Sebelum ini ayam tidak boleh bermandiri pada musim sejuk kerana kekurangan cahaya matahari (di negara beriklim empat musim), bahkan pengeluaran telur, pengeraman dan pengeluaran daging luar musim semuanya amat sukar, maka penternakan ayam adalah kerja yang bermusim dan mahal. Pengeluaran sepanjang tahun mengurangkan kos, terutamanya ayam pedaging.

Pada masa yang sama, pengeluaran telur ditingkatkan oleh pembiakbakaan saintifik. Setelah beberapa kegagalan, akhirnya kejayaan dipamerkan oleh Profesor Dryden di Oregon Experiment Station.[18]


Kini, pengeluaran telur dijalankan di ladang besar-besar dengan had persekitaran yang terkawal rapi. Ayam-ayam terdedah kepada kitaran cahaya artifisial untuk merangsang pengeluaan telur sepanjang tahun. Juga terdapat amalan menggalakkan ayam untuk bersalin bulu menerusi kawalan bekalan cahaya dan makanan yang rapi untuk meningkatkan lagi saiz dan pengeluaran telur.

Lembu

Lembu diternak untuk daging, hasil tenusu, kulit dan juga menarik kenderaan. Setakat 2009–2010 dianggarkan bahawa terdapat 1.3–1.4 bilion ekor lembu di dunia.[19][20]

Lembu selalu dibela dengan dibiarkan meragut rumput secara berbanyak-banyak di padang ternak. Penternakan lembu sebegini membolehkan penggunaan tanah yang tidak sesuai untuk tanaman secara produkti. Interaksi dengan lembu yang paling umum ialah memberi makan, memandikan dan menyusu. Kerja menternak selalunya melibatkan pemasangan teg di telinga, membuang tanduk, mengangkut, pemeriksaan perubatan, pemvaksinan dan perapian telapuk, di samping latihan untuk pesta tani.

Setelah seekor lembu mencapai takat berat kelayakan sebanyak 650 paun (290 kg), ia dipindahkan dari padang ke fidlot untuk diberi makan campuran makanan khusus yang diperbuat daripada hasil sisa jagung (yang diperoleh daripada penghasilan etanol), barli, dan lain-lain bijian di samping alfalfa dan biji kapas kisar. as well as alfalfa and cottonseed meal. Campuran ini juga mengandungi bahan-bahan pracampur yang terdiri daripada mikroramuan seperti vitamin, zat galian, pengawet kimia, antibiotik, hasil tapai dan lain-lain ramuan asas yang dibeli daripada syarikat pracampur rata-ratanya dalam bungkusan guni untuk diadun ke dalam catuan komersial. Disebabkan keterdapatan produk-produk ini, penternak yang menggunakan bijian sendiri boleh merumuskan catuan sendiri dan terjamin bahawa lembunya akan mendapat tahap zat galian dan vitamin yang diperlukan. Lembu di UK rata-rata diberi makan rumput dengan bahan tambahan yang kadang-kadang seperti zat galian.[21]

Rujukan

WikiPedia: Penternakan_intensif http://animalscience.ucdavis.edu/faculty/zinn/pdf/... http://www.oecd-ilibrary.org/agriculture-and-food/... http://www.unsystem.org/SCN/archives/scnnews21/ch0... //en.wikipedia.org/wiki/John_Steele_Gordon //en.wikipedia.org/wiki/Meat_Atlas //en.wikipedia.org/wiki/Milo_Hastings http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/1046184.stm http://www.environment-agency.gov.uk/commondata/10... https://books.google.com/books/about/Dominion.html... https://www.foeeurope.org/sites/default/files/publ...